Terma & Syarat Penggunaan Aset Digital
Semua ejen dropship AMniaga dibenarkan untuk menggunakan semua aset digital syarikat seperti gambar produk, maklumat produk, video tutorial, testimoni, dan ayat copywriting yang terdapat di dalam laman web atau group AMniaga (Whatsapp/ Telegram/ Facebook/ Instagram) dengan syarat:
Digunakan untuk tujuan pemasaran dan promosi yang berkaitan dengan program dropship AMniaga sahaja.
Ejen dibenarkan untuk menghasilkan bahan promosi dengan menggunakan kreativiti sendiri berasaskan bahan-bahan yang dikongsikan oleh AMniaga (contoh: menghasilkan design poster sendiri dengan menggunakan gambar cover buku yang diperolehi dari laman web AMniaga).
Tidak dimodifikasi secara berlebihan sehingga merubah rupa asal produk.
Tidak melakukan promosi jualan secara SPAM atau apa sahaja bentuk promosi yang melanggar etika sosial di laman web.
Tidak membuat tuntutan peribadi terhadap hak cipta bahan yang dikongsikan oleh AMniaga, walaupun telah dimodifikasi.
Tidak menjual atau mengambil keuntungan langsung daripada perkongsian bahan-bahan digital tersebut (contoh: menjual gambar ilustrasi watak)
Semua hak harta intelektual, sama ada berdaftar atau tidak berdaftar, dalam laman web, kandungan maklumat di laman web dan semua reka bentuk laman web, termasuk tetapi tidak terhad kepada, teks, grafik, perisian, gambar, video, muzik, bunyi, dan pilihan serta susunan, dan semua kompilasi perisian, kod sumber dan perisian tersembunyi adalah kekal sebagai milik kami. Kandungan keseluruhan laman web juga dilindungi dengan hak cipta sebagai sebuah karya bersama di bawah undang-undang hak cipta Malaysia dan konvensyen antarabangsa. Semua hak adalah terpelihara.