Store Credit
APAKAH STORE CREDIT?
Store credit merujuk kepada point yang diberikan kepada ejen sebagai gantian kepada tunai.
Store credit boleh diibaratkan sebagai matawang digital yang hanya sah untuk digunakan secara internal sahaja, iaitu bagi tujuan pembayaran di dalam platform shop.amniaga.com sahaja.
Nilai 100 unit store credit AMniaga adalah bersamaan dengan RM1. Anda boleh memilih untuk menggunakan unit store credit yang mencukupi sebagai salah satu kaedah membuat pembayaran di platform shop.amniaga.com.
Contoh penggunaan store credit:
Azlan mempunyai 2000 unit store credit. Beliau ingin membuat pembelian sebuah buku berharga RM12.90 di shop.amniaga.com dengan menggunakan store credit. Selepas selesai membuat pembayaran, store credit beliau berbaki sebanyak 710 unit (2000 unit – 1290 unit)
POLISI PEMBAYARAN REFUND MELALUI KAEDAH PEMBERIAN STORE CREDIT
Segala urusan pembayaran refund untuk transaksi di platform AMniaga adalah dengan kaedah pemberian store credit. AMniaga tidak mempraktikkan pembayaran refund secara tunai atas sebab-sebab teknikal.
CARA MENYEMAK BAKI UNIT STORE CREDIT
Anda boleh menyemak baki unit store credit di platform online shop.amniaga.com. Klik di sini (masukkan username dan password sekiranya diminta)