Panduan Rekrut Ejen Sendiri

REKRUT EJEN DROPSHIP & DAPAT KOMISEN RM10

Kami juga membuka peluang dan menggalakkan semua ejen dropship untuk merekrut ejen-ejen baru menyertai program dropship AMniaga. Dengan cara ini, semua ejen dropship berpeluang untuk menubuhkan group dan membina jaringan masing-masing dan menjadi leader kepada group berkenaan.

Program khas ini diberi nama JARINGAN

KELEBIHAN MEMBINA JARINGAN

  1. Terima komisen RM10 bagi setiap pendaftaran ejen baru.

  2. Leader yang berjaya merekrut ejen baru teramai, akan menerima hadiah bulanan.

  3. Leader kepada jaringan yang mempunyai jumlah jualan terkumpul tertinggi, akan menerima hadiah bulanan.

  4. Leader berpeluang berkongsi ilmu iaitu dengan membimbing ejen-ejen baru melakukan promosi dan jualan.

  5. Berpeluang mewujudkan kerjasama serta hubungan yang lebih rapat dan serasi sesama ahli.

  6. Berpeluang merancang program jualan atau kempen promosi sendiri.

  7. Mewujudkan sebuah sistem sokongan yang dapat menjadi platform untuk bertukar-tukar idea dan pandangan.

CARA MENUBUHKAN JARINGAN

  1. Minta ejen baru di dalam jaringan anda supaya memberikan nombor telefon mereka. Maklumkan kepada mereka, bahawa nombor tersebut akan didaftarkan ke dalam group Whatsapp/ Telegram/ Facebook jaringan anda.

  2. Tubuhkan group Whatsapp/ Telegram/ Facebook atau apa-apa platform lain yang sesuai dengan keselesaan dan penggunaan jaringan anda. Sekiranya meminta bantuan orang lain untuk menubuhkan, pastikan anda menjadi admin/ moderator utama.

  3. Add ejen-ejen baru jaringan anda ke dalam group Whatsapp/ Telegram/ Facebook

  4. Bimbing ejen-ejen baru di dalam jaringan anda agar dapat membuat jualan dengan banyak.

KOMISEN REKRUT

Bayaran komisen bergantung kepada jenis pakej dropship yang disertai oleh ejen baru tersebut:

Contoh:

Situasi 1 – Ahmad berjaya meyakinkan Salman untuk menyertai program dropship AMniaga. Salman memilih untuk menyertai pakej BASIC. Salman membuat bayaran sebanyak RM20 kepada AMniaga sebagai yuran pendaftaran pakej BASIC. AMniaga membayar RM3 kepada Ahmad sebagai bayaran komisen kerana berjaya merekrut seorang ejen BASIC.

Situasi 2 – Rohana berjaya meyakinkan Liza untuk menyertai program dropship AMniaga. Liza membuat keputusan bijak untuk menyertai pakej PROFESSIONAL. Liza membuat bayaran sebanyak RM30 kepada AMniaga sebagai yuran pendaftaran pakej PROFESSIONAL. AMniaga membayar RM10 kepada Rohana sebagai bayaran komisen kerana berjaya merekrut seorang ejen PROFESSIONAL.

Kesimpulannya, setiap ejen digalakkan untuk meyakinkan ejen-ejen baru agar memilih untuk menyertai pakej PROFESSIONAL, kerana ternyata dengan hanya sedikit perbezaan harga, manfaat yang bakal diterima adalah jauh lebih berbaloi:

CARA MEREKRUT EJEN MELALUI AFFILIATE

Untuk memudahkan urusan merekrut, kami turut menawarkan sistem affiliate di mana anda hanya perlu share dan promosikan link affiliate yang kami jana khusus untuk anda. Apabila terdapatnya ejen baru yang berdaftar menerusi link affiliate tersebut, anda akan menerima bayaran komisen secara terus.

  1. Daftar sebagai ejen affiliate di sini: https://www.amniaga.com/affiliate

  2. Anda akan mendapat link affiliate khas. Kongsi dan promosikan link affiliate tersebut.

  3. Anda akan menerima komisen secara terus dan automatik setiap kali terdapat ejen baru yang berdaftar dan membayar

SYARAT DAN GARIS PANDUAN ASAS PROGRAM REKRUT

  1. Pendaftaran sebagai ejen affiliate program rekrut adalah PERCUMA

  2. Komisen merekrut ejen baru adalah dibayar secara one-off sahaja, iaitu atas bayaran yuran pendaftaran sahaja.

  3. Ejen baru yang direkrut oleh leader akan melakukan jualan, membuat order dan membuat bayaran sendiri. Tiada peruntukan komisen lain diberikan kepada leader atas setiap jualan yang dibuat oleh ahli rekrutnya sendiri. Pun begitu, manfaat-manfaat lain yang diterima oleh leader tetap ditawarkan (sila rujuk bahagian kelebihan membina jaringan di bahagian atas panduan ini)

BOLEHKAH SAYA MEREKRUT EJEN BARU TANPA MENUBUHKAN JARINGAN?

Anda dibenarkan untuk merekrut ejen baru dan tetap layak menerima komisen pendaftaran ejen baru walaupun belum bersedia untuk menubuhkan jaringan sendiri.

Setelah pendaftaran berjaya, anda hanya perlu meminta ejen baru tersebut untuk menyertai group sokongan program dropship AMniaga yang umum bagi mendapatkan sebarang bimbingan dan tunjuk ajar. Kami akan memastikan setiap ejen baru yang dihubungkan terus dengan kami tetap mendapat bimbingan dan panduan yang lengkap, walaupun direkrut oleh anda.

 

CONTOH AYAT & POSTER PROMOSI REKRUT EJEN/ PROGRAM AFFILIATE

Scroll to Top