Cabaran dan Ganjaran Dropship
Bagi menyemarakkan semangat dan memeriahkan lagi komuniti program dropship AMniaga, kami turut menganjurkan beberapa cabaran yang terbuka kepada semua ejen. Hadiah dan ganjaran menarik menanti pemenang- pemenang cabaran. Ada cabaran yang diadakan secara berkala, ada yang dijalankan dari semasa ke semasa, dan ada juga yang diadakan secara mengejut. Berikut merupakan antara cabaran dan ganjaran yang ditawarkan:
Ganjaran ejen dropship dengan rekrut ejen tertinggi (bulanan)
Ganjaran ejen dropship dengan jualan kumpulan tertinggi (bulanan)
Cabaran jualan bulanan (top 3 ejen dropship dengan jualan bulanan tertinggi)
Cabaran jualan tahunan (top 3 ejen dropship dengan jualan tahunan tertinggi)
Anugerah ejen MVP bulanan (dinilai berdasarkan prestasi serta beberapa kriteria lain seperti sikap, daya usaha, kreativiti, dan lain-lain)
Anugerah ejen MVP tahunan
Cabutan bertuah akan dibuat semasa acara-acara tertentu
Cabaran “product of the month” (ejen yang membuat jualan tertinggi untuk produk yang telah dipilih sebagai “product of the month”)
Cabaran preorder bulanan (ejen yang berjaya mendapatkan jumlah jualan preorder bulanan tertinggi)
Cabaran mengejut (akan diumumkan dari semasa ke semasa, bergantung kepada perkembangan semasa)