Bagaimana hendak bermula?
Berikut merupakan langkah-langkah mudah secara terperinci untuk berdaftar sebagai ejen dropship AMniaga yang sah:
Pilih pakej yang anda minati, iaitu samada pakej AMbasic atau AMpro. Klik pada butang “Daftar Sekarang” bagi pakej yang dipilih.
Klik butang “Add to cart” untuk pergi ke page pendaftaran seterusnya.
Proses pendaftaran adalah sangat mudah, di mana anda hanya perlu memasukkan nama, alamat e-mel dan nombor telefon anda sahaja. Pastikan maklumat pendaftaran dan jumlah bayaran diperlukan adalah betul, kemudian klik butang “Bayar Sekarang”.
Anda akan dibawa ke page pembayaran Toyyibpay, iaitu sebuah platform pembayaran atas talian yang amat selamat dan bersekuriti tinggi. Buat pilihan bank untuk meneruskan bayaran menggunakan Perbankan Online, atau pilih menu “Credit/Debit Card” sekiranya ingin memilih kaedah tersebut.
Teruskan proses pembayaran secara online hingga selesai. Anda akan mendapat sebuah notifikasi sama ada proses pembayaran tersebut berjaya.
Selepas pembayaran berjaya, berikan masa sehingga 24 jam untuk pihak kami memproses pendaftaran anda ke platform dropship AMniaga. Anda akan menerima sebuah emel yang mengandungi maklumat username dan kata laluan sementara untuk anda mengakses platform dropship AMniaga di shop.amniaga.com
Gunakan username dan kata laluan sementara yang diberikan untuk login kali pertama ke dalam platform dropship AMniaga di shop.amniaga.com. Semasa login kali pertama, anda disaran untuk menukar kata laluan sementara kepada kata laluan anda sendiri.
Tahniah! Anda kini telah menjadi seorang ejen dropship AMniaga yang sah, dan sudah bersedia untuk lakukan jualan pertama anda.