Jom Buat Duit
Dengan Bisnes
Dropship Amniaga

Peluang menjana pendapatan sebagai ejen dropship dengan yuran serendah RM20 sahaja. Dapatkan akses eksklusif kepada lebih 10,000 produk pelbagai kategori seperti buku, alat bantu mengajar, pakaian, merchandise, kelengkapan sekolah dan lain-lain. Nikmati margin keuntungan sehingga 40%

Apa itu dropship?

Dropship adalah kaedah perniagaan di mana anda tidak perlu memegang atau menyimpan stok produk yang hendak dijual.

Sebaliknya, anda hanya perlu membuat promosi, mengambil pesanan pelanggan dan menghantar pesanan pembelian kepada AMniaga sahaja. AMniaga akan menguruskan proses pembungkusan dan penghantaran pesanan terus kepada pelanggan.

Carta Aliran Jualan
Sistem Dropship AMniaga

Proses jualan dropship AMniaga dari mula hingga akhir.

4 langkah mudah dan ringkas.

Pembeli memesan barangan dan membuat bayaran kepada ejen dropship.

Ejen dropship membuat pesanan kepada HQ bersama butir-butir peribadi pembeli. Ejen dropship membuat bayaran kepada HQ AMniaga.

HQ AMniaga akan memproses pesanan ejen dropship. Pesanan akan dihantar kepada penyedia perkhidmatan penghantaran (kurier).

Barang akan dihantar ke alamat pembeli. Tracking number akan dikemaskini dan dimaklumkan oleh HQ AMniaga.

Bagaimana Ejen Dropship
Buat Keuntungan?

Nikmati harga ejen melalui potongan (diskaun) istimewa sebagai ejen dropship berdaftar AMniaga. Ejen dropship AMniaga menerima potongan harga (diskaun) sehingga 40% daripada harga pasaran untuk setiap produk. Anda pula boleh menjual semula produk tersebut pada harga pasaran.

Keuntungan Anda = [Harga Pasaran] – [Harga Ejen]

student-849826_1920

Risiko Sifar,
Modal Minima,
Untung Maksima!

Sebagai ejen dropship AMniaga, anda hanya perlu fokus kepada aktiviti promosi, dapatkan pelanggan dan sahkan pesanan pembelian sahaja.

Sebaik pesanan pembelian masuk, anda terus “pass bola kepada kami. Tugas anda sudah selesai kerana proses seterusnya diuruskan sepenuhnya oleh pihak kami dari A-Z.

Modal dan risiko yang perlu anda tanggung sebagai ejen dropship sebenarnya sangat minimum, berbanding potensi keuntungan yang bakal anda perolehi kerana anda:

Program Dropship AMniaga adalah sebuah inisiatif syarikat Ana Muslim Sdn Bhd untuk memberi peluang kepada usahawan dan individu yang berminat, khususnya dalam bidang
e-commerce dan pemasaran digital.

Selama lebih 20 tahun, Ana Muslim telah berjaya membina nama dan reputasi sebagai jenama yang digemari kanak-kanak, diyakini ibu bapa dan disokong oleh guru-guru. Ana Muslim mencari individu yang proaktif, berdaya saing dan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk bersama-sama berkembang dan berjaya lebih jauh lagi.

7 Sebab Untungnya Jadi Ejen Dropship AMniaga

Keistimewaan serta perkhidmatan utama yang ditawarkan khusus buat ejen dropship AMniaga.

#1: Produk Jenama Popular

Ejen program dropship AMniaga akan mendapat akses kepada produk-produk terbaru dan best-seller daripada barisan jenama-jenama terkemuka negara, seperti:

#2: Pelbagai Kategori Produk

Mengetengahkan lebih 10,000 produk daripada pelbagai rangkaian dan kategori untuk memenuhi kepelbagaian keperluan, minat dan cita rasa.

Buku

Kelengkapan Sekolah

Pakaian

Permainan & Alat Bantu Mengajar

Merchandise

Produk Pelbagai

#3: Khidmat Sokongan Secara Menyeluruh

AMniaga menyediakan sistem sokongan dan tip pembangunan perniagaan secara berterusan percuma kepada ejen dropship.

Grup sokongan

Grup sokongan media sosial yang aktif (Whatsapp,Telegram dan Facebook).

Latihan percuma

Sesi bimbingan dan perkongsian tip oleh moderator dan ejen yang berjaya.

E-book percuma

E-book teknik pemasaran dan jualan percuma sebagai rujukan dan inspirasi.

Video tutorial

Pelbagai video tutorial disediakan sebagai sumber rujukan.

paper, business, finance

Bahan Pemasaran

Bahan pemasaran seperti poster, gambar, bahan copywriting dan testimoni disediakan.

Khidmat Ejen

Bantuan secara langsung oleh pegawai khidmat pelanggan AMniaga.

#4: Sistem pengurusan dan perkhidmatan yang cekap

AMniaga berusaha secara konsisten untuk menyediakan sistem pengurusan serta perkhidmatan yang cekap dan profesional bagi memudahkan para ejen menyalurkan produk dan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada pelanggan.

Sistem Online 100%

Semua pesanan dan transaksi adalah dibuat secara dalam talian (online).

Pilihan kurier

Menawarkan perkhidmatan penghantaran dari semua syarikat kurier utama tempatan.

aircraft, airplane, flying

Liputan antarabangsa

Menawarkan perkhidmatan penghantaran buat pelanggan anda yang berada di luar negara.

Pemprosesan Pantas

Jaminan proses penghantaran kepada perkhidmatan kurier dalam tempoh SATU hari bekerja.

qualification, hand, thumb

Jaminan Kualiti

Polisi jaminan kualiti dan kepuasan pelanggan yang tinggi untuk semua produk.

#5: Marketplace friendly
(Shopee, Lazada)

AMniaga menyokong sepenuhnya pengiklanan dan penjualan produk melalui platform marketplace terkemuka seperti Shopee, Lazada dan lain-lain. AMniaga menyediakan perkhidmatan yang selaras dengan syarat dan keperluan yang ditetapkan oleh Shopee dan Lazada.

 

Jaminan proses penghantaran kepada perkhidmatan kurier dalam tempoh satu hari bekerja juga memenuhi kriteria penghantaran yang ditetapkan oleh Shopee dan Lazada buat semua seller.

#6: Program cabaran dan ganjaran

AMniaga berusaha memastikan pencapaian serta rekod prestasi ejen sentiasa progresif melalui program cabaran serta ganjaran menarik.

AMniaga juga menawarkan Program Ganjaran Rekrut secara sistem affiliate iaitu ganjaran berbentuk bayaran insentif bagi setiap ejen sedia ada yang berjaya merekrut ejen baru.

#7: Produk berkualiti dan bermanfaat

AMniaga serius dan komited dalam memastikan produk yang ditawarkan mengikut spesifikasi patuh syariah, halal dan tidak mengandungi sebarang unsur yang tidak bermoral dan melanggar undang-undang.

Menerusi Program Dropship AMniaga, kami berusaha untuk mengetengahkan kempen #sukabuku yang berinisiatif mendokong agenda dan menerapkan budaya membaca khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan pelajar.

Daftar Sebagai Ejen Dropship
AMniaga Sekarang!!!

AMbasic

RM20

  • Grup Sokongan ✔️
  • Produk Popular ✔️
  • Produk Premium ❌
  • Produk Ekslusif ❌
  • Produk Lelong ❌
  • Latihan Percuma ❌
  • Promo Penghantaran ❌

AMpro

RM30

  • Grup Sokongan ✔️
  • Produk Popular ✔️
  • Produk Premium ✔️
  • Produk Ekslusif ✔️
  • Produk Lelong ✔️
  • Latihan Percuma ✔️
  • Promo Penghantaran ✔️

F.A.Q

Jualan secara dropship adalah satu kaedah atau teknik jualan dalam talian (online) yang melibatkan tida pihak iaitu ejen (anda), pembekal (AMniaga) dan pembeli (pelanggan anda).

Ejen dropship bertanggungjawab untuk mempromosi dan memasarkan produk AMniaga menerusi platform-platform pilihan (media sosial, blog, vlog, Shopee, Lazada dan lain-lain) kepada pembeli (pelanggan anda). Ejen dropship tidak perlu memegang atau menyimpan sebarang produk fizikal.

Setelah mendapat pesanan dan selesai urusan pembayaran oleh pembeli (pelanggan anda), ejen (anda) hanya perlu menghantar pesanan tersebut untuk diuruskan oleh AMniaga.

Tidak perlu.
Stok disimpan dan diuruskan sepenuhnya oleh pihak AMniaga.
Proses penghantaran kepada pelanggan juga diuruskan oleh pihak AMniaga. Ejen dropship hanya perlu fokus kepada aktiviti promosi dan jualan kepada pelanggan sahaja.

Anda hanya perlu membayar serendah RM20 ke RM30 sebagai yuran pendaftaran serta komitmen.

Tiada sebarang komitmen masa bekerja yang ditetapkan secara khusus sebaliknya anda bebas merancang dan menyusun program serta masa anda. Masa kerja yang fleksibel adalah manfaat dan tarikan utama yang AMniaga ingin ketengahkan kepada individu yang menyertai program dropship.

Anda hanya perlu daftar akaun dropship secara dalam talian di https://www.amniaga.com/daftar. 
Hanya perlu mendaftar nama, alamat e-mel dan nombor telefon sahaja.

Kemudian, pilih pakej permulaan yang diingini (Pakej Basic atau Professional) dan buat bayaran yuran pendaftaran berdasarkan pakej pilihan.

Tidak perlu risau sekiranya tiada pengalaman atau pengetahuan untuk berjual. AMniaga menyediakan pelbagai pilihan e-book atau bahan bacaan berkaitan asas pemasaran dan teknik jualan sebagai panduan.

Kami juga menyediakan contoh-contoh posting media sosial (Facebook, Whatsapp dan sebagainya) yang boleh terus digunakan (copy dan paste) atau diedit mengikut kreativiti dan keperluan.

Ejen juga digalakkan untuk sertai channel Telegram, grup Whatsapp dan page Facebook Program Dropship AMniaga untuk maklumat tambahan, perkongsian maklumat, pendapat, teknik dan idea dengan rakan-rakan ejen yang lain.

Maklumat Lanjut

Masih tidak tahu bagaimana hendak bermula?

Tidak mahu terlepas maklumat-maklumat penting?

Klik butang di bawah untuk maklumat lanjut.

Shopping Cart
  • Your cart is empty.